Info Terkini

Penaja Program


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Kami mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sajian d-Hidang. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk lebih 30 jenis majlis. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
Ramai telah mencuba, anda bila lagi?

-Mashadi Bin Selamat-

(Pengarah Urusan Sajian d-Hidang)



::Telefon::

Tel. Pejabat 03-55108776/9776
En. Mashadi 019-2317733
Pn. Marsidah 019-2727733
Pn. Rohani 019-3328484

::Faksimili::
03-55114016

::Alamat::

Lot 9-2, 2nd Floor, Shah Alam Umno Trade Center, Persiaran Damai, Section 11, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
::Email::

sajian_dhidang@yahoo.com.my

Badan Belia



Majlis Pelancaran SAHABAT HOSPITAL

Majlis Pelancaran SAHABAT ( Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor ) di INTEKMA Resort & Convention Centre UITM, Shah Alam

Shah Alam- Unit Dakwah Hospital, Bahagian Pembangunan Insan MAIS telah menganjurkan Majlis Pelancaran SAHABAT ( Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor ) bertempat di INTEKMA Resort & Convention Centre UITM pada tanggal 26 Julai 2008.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS dengan diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohamad, Timbalan Yang DiPertua SAHABAT Hospital. Turut hadir dalam Majlis ini ialah, Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Solihin, Timbalan Setiausaha MAIS , dan Ustaz Anuar Hamzah bin Mohd Tohar, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan.

SAHABAT Hospital merupakan Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor, yang ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan serta emosi pesakit-pesakit semasa mereka menjalani rawatan dan pemulihan di Hospital. Persatuan Sukarelawan SAHABAT Hospital ini didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan bagi memastikan segala fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti yang dirancang berjalan dengan terancang dan berkesan.

0 comments:

Post a Comment

Sudut Renungan

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
 
Copyright © 2010 Masjid Di Raja Sultan Suleiman |Designed by e-Mihar

Firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal." - (Al-A`laa 14 - 17)