Nabi Muhammad S.A.W. diberi gelaran “Aba al-Qasim” yang melambangkan Nabi s.a.w. juga seorang bapa yang mithali dan contoh bapa yang penyayang. Nabi s.a.w. memikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri-isterinya dan bapa kepada anak-anaknya. Sekiranya kita beranggapan bahawa Nabi s.a.w. seorang yang serius dalam menghadapi kehidupan rumah tangga, sehingga tidak ada masa untuk bergurau senda dan ketawa bersama isteri-isteri adalah salah, kerana Nabi s.a.w. amat mesra dalam kehidupan keluarganya dan sangat meriah.
Pernah suatu ketika setelah Saidatina Aisyah pergi ke Madinah mendapatkan Nabi s.a.w, mereka bertemu dalam suasana keriangan bersenda gurau sambil berkejar-kejaran. Ini kerana Saidatina Aisyah ketika dikahwini masih berumur 9 tahun dan ketika bertemu baginda di Madinah beliau berumur 12 tahun. Jarak umur mereka adalah 44 tahun, dan tiada siapa menjangka bahawa Nabi s.a.w. masih mampu bergurau dengan cara yang selayaknya mengikut gaya dan cara muda, kerana ketika itu umur baginda sudahpun menjangkau 53 tahun.
Sejarah
14 years ago
0 comments:
Post a Comment