Info Terkini

Penaja Program


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Kami mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Sajian d-Hidang. Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk lebih 30 jenis majlis. Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.
Ramai telah mencuba, anda bila lagi?

-Mashadi Bin Selamat-

(Pengarah Urusan Sajian d-Hidang)



::Telefon::

Tel. Pejabat 03-55108776/9776
En. Mashadi 019-2317733
Pn. Marsidah 019-2727733
Pn. Rohani 019-3328484

::Faksimili::
03-55114016

::Alamat::

Lot 9-2, 2nd Floor, Shah Alam Umno Trade Center, Persiaran Damai, Section 11, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
::Email::

sajian_dhidang@yahoo.com.my

Badan Belia



PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kaum muslimin sidang Jumaat yang mulia,

Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Salah satu keunikan dan kehebatan al-Quran sebagai Kitab Suci yang berasal dari Allah Azza Wa jalla ialah isi kandungannya yang mengambarkan secara jelas apa yang akan terjadi jauh di masa depan. Gambaran-gambaran suasana yang digambarkan kadang-kadang sangat mengesankan dan kadang-kadang ngeri menakutkan. Suasana yang indah mengesankan itu disebut sebagai khabar gembira atau basyiran sedangkan berita tentang suasana yang ngeri menakutkan disebut nadziran.


Al-Quran mengambarkan dialog-dialog yang terjadi pada hari Akhirat nanti sebagai basyiran wa nadziran bagi manusia yang sedang menempuh hari-hari perjuangannya di dunia ini. Misalnya sebuah dialog yang patut kita renungkan dalam sidang jumaat yang mulia ini ialah dialog Tuhan dengan penghuni neraka seperti dinyatakan di dalam surah Al-Mukminun ayat 112-115 yang bermaksud:


"Allah bertanya,"berapa tahunkah kalian tinggal di bumi."? Mereka menjawab,"Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyalah kepada orang-orang yang menghitung." Allah berfirman,"Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, jika sekiranya kamu mengetahui. Maka apakah kalian mengira bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


Dialog ini yang nanti akan terjadi di akhirat, secara jelas diberitakan oleh Allah kepada kita sekarang ini supaya kita tahu bahawa hidup di dunia ini sebentar saja dibandingkan dengan lamanya waktu di akhirat nanti. Namun waktu yang sebentar itu janganlah disia-siakan kerana Tuhan menciptakan manusia bukan untuk disia-siakan tapi ada tujuan-tujuan tertentu penghuni neraka yang diajak berdialog itu, dahulunya cukup puas hidup hari demi hari, minggu demi minggu, bahkan jam demi jam yang dihitungnya secara teliti semata-mata untuk hidup duniawi yang sebentar itu saja. Tidak pernah ia menyiapkan persiapan untuk hari kemudian. Sesudah mereka menjadi penghuni neraka dengan pelbagai azab dan seksa yang susah untuk digambarkan dengan kata dan bahasa, barulah mereka menyedari betapa pentingnya masa hidup di dunia dahulu.


Di hujung dialog itu, Allah menegaskan bahawa manusia pasti akan dikembalikan kepada Tuhan untuk mempertanggungjawabkan apa yang ia lakukan sepanjang hayatnya di dunia dahulu. Tanggungjawab itu harus ia hadapi seorang diri, bukan seperti di dunia ada tangungjawab bersama.

Firman Allah yang bermaksud:

"Bilamana terdengar suara memekakkan telinga pada hari(Qiamat), hari itu setiap orang lari dari saudaranya, ibunya, ayahnya, sahabatnya dan anak-anaknya. Setiap orang pada hari itu sibuk dengan urusannya sendiri-sendiri. (Surah 'Abasa ayat 33-37).

Hari Qiamat disebut juga 'Yaumul-Fashli' iaitu hari Penentuan atau hari pengadilan untuk mengadili dengan seadil-adilnya semua aktiviti manusia. Ketika itu orang-orang yang berdosa berkata:

"Wahai celakalah kita! Inilah hari pembalasan". Lalu terdengar suara: "Inilah hari keputusan yang selalu kamu dustakan diperintahkan kepada malaikat, "Himpunlah mereka yang berbuat zalim beserta dengan sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah." (Surah as-Shaffat ayat 21-22)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa bukan sahaja teman sejawat yang mendokong terjadinya proses kemaksiatan, tetapi juga apa yang mereka sembah sebagai tuhan kecil selama di dunia, seperti ideologi, nilai-nilai yang bukan bersumber dari Allah juga akan dimasukkan ke dalam neraka. Tetapi sebelum itu, ada proses perhitungan amal baik dan amal buruknya dengan saksama. Catatan-catatan sekecil manapun diperlihatkan dan saksi-saksi akan tampil dengan jujur. Saksi-saksi itu ialah angota-angota tubuhnya sendiri, penglihatan, pendengaran, fikiran dan hati sanubarinya. Bahkan bumi yang ia pijak akan menjadi saksi terhadap dirinya. Jika perhitungan amal baiknya yang lebih berat nilainya, maka balasan kesenangan dan kebahagiaan sejati yang diperoleh. Sebaliknya jika amal buruk yang banyak mengisi lebaran kehidupannya selama di dunia maka beratlah timbangan keburukan dan iapun akan menerima balasan keburukan berupa seksa dan penyesalan yang tidak berkesudahan.

Sayangnya manusia sering lupa hal ini. Ini disebabkan manusia umumnya sangat tertarik kepada kepentingan-kepentingan yang bersifat sementara, terutama sekali kepentingan untuk diri sendiri yang dangkal sehingga ia tidak mempedulikan 'akhir' suatu kehidupan dan terus menerus melanggar perjanjian semulajadinya dengan Allah. Perjanjian ini termuat dalam surah al-A'raf ayat 172 yang bermaksud:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman: "Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab: "Benar, Engkau Tuhan kami, kami menjadikan diri kami sebagai saksi". (Hal yang demikian) agar di hari Qiamat kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap perjanjian ini."

Perjanjian suci ini hidup dan menetap di dalam hati nurani manusia. Namun oleh kerana manusia punya kecenderungan suka tertarik dengan kepentingan-kepentingan nafsu yang dangkal di dunia, suara hati nurani menjadi tertutup. Membersihkan hati nurani agar ia sentiasa bersinar terang adalah merupakan perjuangan yang terus menerus, jihad yang sungguh-sungguh. Jadi manusia sebenarnya adalah 'Makhluk pejuang' di dunia yang sementara ini.

Kaum muslimin yang berbahagia,

Yang mustahak diperhitungkan oleh kita ialah perimbangan di antara amal soleh dengan perbuatan maksiat diingat dan dikira apakah dalam setiap hari dan bulan berganti tahun yang telah berlaku itu. Apakah telah banyak amal kebajikan dikerjakan atau sebaliknya. Kiranya keuntungan yang diperolehi, maka syukurlah kepada Allah serta pertingkatkan lagi amal soleh kita. dan kiranya kerugian yang diperolehi, maka menyesallah dan bersegeralah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah supaya dengan tindakan ini mudah-mudahan akan dapat diselamatkan dan kembali kepada jalan kebenaran.

Sesungguhnya sangat berbahagialah orang-orang yang tahu merasa rugi, sebab banyaknya maksiat dan mungkar yang terlanjur dikerjakan lantas bertaubat sebaliknya sengsaralah padahnya bagi orang-orang yang sekalipun sudah banyak kesalahan dan kemaksiatan dilakukannya, tetapi masih meneruskannya dan tidak terlintas untuk bertaubat padahal taubat itu sebenarnya boleh diumpamakan sebagai penawar untuk membersihkan diri dari segala kesalahan dan dosa. Menyedari diri kita sendiri yang bukanlah dari golongan para nabi dan rasul yang maksum, maka adalah sangat baik kalau kita mahu menggunakan masa yang keemasan ini untuk membersihkan dosa-dosa itu dengan jalan taubat yang nasuhah taubat yang sungguh-sungguh dengan janji ikrar setia dihati tidak mengulangi kesalahan-kesalahan dan maksiat yang pernah dilakukan dan kesalahan-kesalahan lain seterusnya. Inilah kedudukan muslim dalam karektor peribadi setianya kepada Allah SWT.

"Orang-orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak pernah mempunyai dosa dan orang yang meminta ampun kepada Allah sedangkan ia masih tetap mengulangi kerja-kerja maksiat itu adalah seperti mempersenda-sendakan Tuhannya.

"Perhitunglah amal diri kamu sendiri sebelum kamu dihitung oleh Allah dan timbanglah ia sebelum kamu ditimbangkan dan bersedialah dengan bekalan-bekalan amalan untuk pendedahan yang Maha Besar (di hari Mahsyar.)

Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatklah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak menghinakan nabi dan rasul dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya (cahaya iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan sebelah kanan mereka. (Semasa mereka berjalan) mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): wahai Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang."

0 comments:

Post a Comment

Sudut Renungan

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."
 
Copyright © 2010 Masjid Di Raja Sultan Suleiman |Designed by e-Mihar

Firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya dengan taat dan amal soleh, Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya serta mengerjakan solat. Tetapi kebanyakan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal." - (Al-A`laa 14 - 17)